FAKTA TENTANG KAFEIN

KERATAN DI AMBIL DARI INFO DI MINGGUAN MALAYSIA....
dipetik dr sebuah  laman web....

HUH SIAPA YG CAKAP CAFEIN XBAGUS????
ni ada sikit info berguna tuk penggemar2 cafein seperti saya......

  1. Kafein adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam lebih 60 tumbuhan berlainan dan digunakan oleh dua pertiga daripada penduduk dunia
  2. Bahan ini mampu meningkatkan paras tenaga yang mana mengoptimumkan persembahan atletik, kapasiti otot, dan daya ketahanan.
  3. Kafein mengerah otot menggunakan simpanan lemak dalam badan seperti kereta yang memerlukan petrol.
  4. Satu lagi fakta yang diketahui adalah individu yang mengambil kafein bekerja lebih baik berbanding yang tidak....(ni yg penting skali)
  5. kafein meningkatkan paras dopamine dalam otak, menjadikan anda berasa sihat secara optimum.
  6. kafein menghasilkan stimulasi pada otak dan bahagian lain yang lebih penting dalam sistem saraf.
  7. Ia juga mengandungi antioksidan, yang mana membantu membaiki sel rosak disebabkan sinar UV yang merbahaya.
  8. Kafein juga dipercayai berkesan mengurangkan sesetengah penyakit kritikal seperti Alzheimer, parkinson, diabetes melitus tahap 2, sirosis hati da gaut.
  9. Kelebihan kafein menentang masalah dihydrotesteron (DHT) yang merosakkan akar rambut telah terbukti.
  10. Kafein juga meningkatkan kesihatan dan kelajuan sperma lelaki.
Hurm skrg sapa nak bg apa2 fakta ttg keburukan kafein??silakan.......


Comments