ANAK BATUK >>DEMAM DAN KAITAN DENGAN TUMBUH GIGI

KAITAN BATUK DAN DEMAM


Ok kita mulakan dengan cerita dulu.....last husna demam 01.04.2012....maknanya da 4 bulan husna tak demam, sebelum suhu husna naik mendadak >> 39.2deg pada 28.07.2012...sumpah sy sangat risau dan cuak sebab husna menggigil kuat.... perkara pertama yang saya buat, masuk ubat buntut...sian sgt kat husna sebab mesti sakit bila masuk ubat tu....


Kronologi
28.07.2012>> 9.30 am suhu husna normal, cuma batuk biasa tanpa selsema....ayah jaga husna sebab saya kerja...dalam fikiran saya, tentu tiada masalah sebab husna cuma batuk... masuk jam 2.00pm, incik kanda cal n bgtahu husna da mula selsema n suhu da naik 37.0deg...(masih sy tak risau sebab 37.0 dikira sebagai lower degree fever)
jam 9.00pm, tiba2 suhu husna naik 39.4deg...sumpah sangat risau sebab suhu dr 37.1 tiba2 naik 39.4 n badan husna start menggigil....


29.07.2012 >> suhu masih tak berubah walaupun da masuk ubat buntut, bg ubat demam, tepid2 badan husna dengan kain basah n mcm2....hurmmmmmmm
jam 11mlm, skali lg suhu husna naik 39.4deg....ok...ini kena bawak g hosp secepat mgkn...(i will not update what happened at the hosp since the doctor were dem stupid!!)
dia bekalkan husna dgn ubat bontot sebanyak 10biji (kalau suhu husna tinggi sgt), ubat antibiotik (yg mana dia tau husna taleh makan ubat 2) n ubat batuk....lansung xda bg ubat demam (kalau suhu xtinggi sgt)....


30.07.2012 >> masih xda perubahan...bacaan suhu dr 38.3 - 39.2...kejap naik n kejap turun...masuk jam 11.30 malam, sekali lg badan husna menggigil sampai kejang2...sy selimut husna tebal2, gosok kaki n tangan husna, ttup kipas suma tuk hilangkan gigil....bila husna da tak menggigil, incik kanda nak masukkan ubat bontot lg (da hampir 10biji ubt bontot masuk, tp suhu husna sikit pun tak berubah)...


jd sy dengan tegasnya terpaksa cakap NO!! apa sy buat, sy tanggalkan pakaian husna, n terus mandikan dia dr kaki ke kepala (lebih kurang 10minit sy basahkan kaki, kemudian perlahan2 naik ke badan, lebih kurang 10minit juga, n kemudian basuh kepala husna lebih kurang 10minit juga)...memang menjerit2 menangis dia bila kena air, mgkn sebab xtahan sejuk, n mungkin sebab taknak kena air (sebelum ni, husna sangat suka bila mandi)...


da selesai mandikan husna n pakaikan baju, sy bagi ubat demam + ubt tahan sakit untuk melegakan sakit gigi (dalam hati saya cuma fikir, husna demam sebab tumbuh geraham)...terus minta incik kanda azan n iqamah kan husna di kedua2 telinga, sambil saya bcakan yasin....alhamdulillah lepas tu je, suhu husna terus turun 36.4deg....


sepanjang malam saya berjaga tuk pastikan suhu husna tak naik, n dia tak meracau masa tidur...alamdulillah syukur sangat2, suhu husna tak naik semula lepas tu, n dia dapat tdr sampai esoknya jam 10pagi baru bangun....tp ada masalah baru >>husna kena cirit birit sebab dia mmg allergic dengan antibiotik 2...sy tak sedar dktr bg antibiotik 2, sbb terlalu marah dengan doktor masa malam 2....

Batuk, demam dan gangguan mahkluk halus (ini cuma andaian saya melalui pemerhatian sy)
ok, kalau perhatikan td, pada mulanya husna cuma batuk n tak demam....tp, bl dia batuk, tekak dia sakit n mula kurang minum air n susu n kurang makan...jd, badan dia mula kurang air n menyebabkan suhu badan naik)....


bila suhu da naik, incik kanda tak bagi mandikan husna, sebab takut dia sejuk (saya tak salahkan dia, sebab makcik2 sy pun mmg tak bagi mandikan anak kalau demam, dikhuatiri anak akan menggigil)....jd pd sy, dr situ suhu husna tak menunjukkan sebarang perubahan....


betul mmg sy ada tepid2 badan husna dengan kain basah, tp bl kain 2 sentiasa ada kat badan dia, dia akan lebih sejuk berbanding jika dia mandi (seperti yang dimaklumkan oleh nurse yang tepid husna masa bawa dia ke hosp kelmarin)....


kenapa sy tetap mandikan husna???sebab, ibu saya pernah pesan, kalau anak demam, mandikan sekerap mungkin, bg mengurangkan panas (lain org, lain petuanya)...n sebagai anak, tentula saya lebih percayakan petua ibu saya berbanding petua2 yg suruh jaram anak dengan lendir daun bunga raya + jintan hitam + bawang merah....n lebih sy ssah percaya bila suruh tidurkan anak demam atas daun pisang.... n alhamdulillah petua ibu menjadi malam tu....


kenapa saya minta incik kanda azan n iqamahkan husna mlm 2 n sy bacakan Yassin??sbb pada sy, adalah mustahil suhu husna tak kurang sikit pun walau berkali2 da masukkan ubat bontot....ubat bontot mmg cepat bertindak, n suhu anak akan turun walau sekejap bl masuk je ubat 2....sy mmg kuno n percayakan benda2 ghaib (sebab da tertulis dalam Al-Quran tentang syaitan)...


Syaitan yang mengganggu anak kecil (Ummu Sibyan) - menyebabkan sawan tangis / menangis tanpa henti


Ummu Sibyan ni adlaah kaum jin dari jantina perempuan yang biasanya mengganggu bayi baru dilahirkan dan kanak-kanak (kurang 2 tahun)


Antara tanda-tanda:


1. Bayi menangis teresak2 dalam jangka masa lebih dari kebiasaan (mata memandang ke atas / sudut tertentu) - husna akan menangis tiba2 semasa tidur (sepanjang demam) dan memandang ke arah tingkap..


2. Kanak2 berjalan yang terjatuh seakan-akan ditolak


3. Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali - tidur husna terganggu akibat mengigau dan meracau


4. Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh. - kalau diperhatikan, husna mula menggigil dan suhu naik lebih 39.0deg lepas jam 11mlm..


Ok, kalau anak2 kita terkena gangguan Jin Laknatullah ni, apa patut kita buat???


1. Azankan ditelinga kanan dan iqamah di telinga kiri bayi ketika dilahirkan


2. Jika lihat kanak2 jatuh, angkat dan bacakan Al-Fatihah, Ayat Qursi, 3Qul dan selawat


3. bacakan ayat Ruqyah pd anak... (info dr seorang sahabat)...


dan sebagai tambahan, saya bacakan Surah Yassin dan Ayat2 membakar jin yg sy ketahui...


Alhamdulillah mulai saat tu, suhu husna terus turun n turun n stabil .....esoknya, incik kanda bgtahu, geraham husna tumbuh lg...mgkn sebab tu dia demam...wallahualam...apapun, saya da usahakan yang terbaik untuk husna....
malam esoknya, husna meracau n menangis teresak2 lg semasa tidur...jadi, kali ni, incik kanda pula yang bacakan Surah Yasin seperti yang saya buat hari sebelumnya....


ok setelah seminggu, husna tidur dengan lena, malam semalam, husna meracau lagi setiap 1 jam...kali ni saya percaya husna menangis sebab gigi taring dia nak tumbuh sebab, azan, iqamah, ayat rukyah, bacaan Al-Quran xberkesan.... dia mula dapat tidur lepas saya spraykan Acloclair dalam mulut dia....


hurm sakitnya nak pecah gusi.....saya masih mencari2 info berkaitan TUMBUH GIGI dan kaitan dengan demam dan waktu gigi tersebut tumbuh....semoga husna tak melalui kesakitan yang teruk semasa tumbuh gigi...
~will update once i get da info~







Comments