MASTERCHEF MTSB SESSION 1~ PART 4

Ok jom kita view Ketuk-ketuk cashier punya cerita pulak~

Macam biasa, ni adalah proses penyediaan barang-barang sebelum pertandingan bermula.. Kak Nadia posing dulu amk mood untuk memasak~lalala~



Semua peserta di panggil berkumpul untuk sesi taklimat sebelum pertandingan dijalankan.


disaat semua peserta berdiri tegak macam nyanyi lagu Negaraku, A'ain posing sambil dengar taklimat...gaya kena ada ye a'ain~


Ok sekarang pertandingan mula dijalankan... Apa gelak2 lagi tu eila??haha



Ketuk-ketuk cashier bertungkus lumus menyiapkan hidangan mereka


En Halil selaku Juri 3 mula meninjau2 untuk memberi markah. Pn Arfah selaku penjaga masa turut serta dalam memastikan Ketuk-ketuk cashier tidak menggunakan bahan-bahan selain yang telah diisytiharkan (ayat  nak keras.hahaha)


Masak punya masak punya masak, tak sedar masa da berlalu dengan pantas... PPPOOOOOOONNNNNNN!!!!! masa pun tamat...
Ni hidangan yang disediakan oleh Ketuk-ketuk Cashier...sangat menarik kan..


Menu dari Ketuk-ketuk Cashier

Ayam Rendang

-will be update once i get the recepi-
susah nau dorang ni nak bg resepi...huhuh




Papprick Chicken with Pineapple Flavour

1/2 ekor ayam - d potong kecil
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - di tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
daun limau purut
bunga kobis, kacang buncis / panjang., carrot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan perasa

Cara-caranya:


Panaskan kuali dan gorengkan ayam (agak-agak sampai masak, jangan terlalu garing). Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang ditumbuk dan kacau sekejap sehingga rata.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.


Bila da mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi...

Siap~



Cherry Flower Jelly 

-pun akan di update bila da dapat resepi-



Ginger Tea


ok yang ni saya main taram je resepi dia..


Tea uncang
Halia
Gula Air



Yang dibelakang tu cocktail rasanya.. utk resepi, akan di update bila da dapat...hahahaha mesti korang bosan baca statement tu kan...nak buat macamana??memang xda pada sy sekarang...hahaha

ok selesai untuk Ketuk-ketuk cashier....pasni, kita update Part 5, 6 & 7..

~papai~

Comments