MOOD MEMASAK~LALALA~

wah....da 3 hari berbloging ni...hihihi suma gara2 terpengaruh dgn blog2 yang cantik2...blog tulis psl percutian, psl makanan dll....hihihih


ok hari ni nak cerita lagi pasal makanan sbb sekarang tengah dalam mood memasak pelbagai jenis juadah untuk ayah n husna ni (sebelum ni pun memang masak hari2, tp xpenah tulis)~lalala~


ok2 jom kita tengok menu dinner ayah n anak masa 10 Julai 2012 >> jom scroll~


SIAKAP STEAM VERSI IBUKU SAYANG~


hahaha nampak menarik kan....cara nak masak pun sangatlah senangnya....nak resepi???jom~

BAHAN-BAHAN
Ikan siakap - basuh bersih2 dan buang semua sisik
4 batang serai - potong serong
1 biji besar bawang holand - hiris tebal bulat (sebenarnya saya memang tak guna bawang lain selain bawang holand)
limau sambal - 3 - 4 biji (ikut suka masam)
black pepper
cili padi (ikut suka pedas)
brokoli*
carrot*
cauliflower*
tomato*
Air secukupnya
garam secukupnya

CARA-CARANYA
Masukkan ikan yang da dibersihkan ke dalam periuk yang bertutup. Letakkan serai yang da dipotong serong atas ikan, letak bawang yang da dihiris atas ikan (main tabur ikut suka jek), letak air sehingga menutupi ikan (ikut suka banyak mana nak kuahnya) n naikkan atas api kecil n tutup periuk dengan penutup periuk.
perah limau dalam mangkuk lain n buang biji..
Bila ada agak2 dalam 5 minit ikan td atas api, masukkan air limau yang da dibuang biji, masukkan black pepper, cili padi n garam, tutup periuk.
bila agak2 ikan da 3/4 masak, buka periuk, masukkan bahan bertanda * dan kacau2 sikit n tutup periuk semula n tunggu sehingga masak..

SIAP DA MAK JEMAH.....tak sampai 30min pun dari prep hingga ikan masak....sedia untuk di makan...

SAMBAL GORENG


ok yang ni, confirm tak payah bagi resepi, sebab suma orang pun suka makan n tau cara masak...

ni makan malam husna semalam...hihihi benda yang sama, tp saya tak masukkan cili padi...


husna beria-ia makan la yang buat saya lebih bersemangat untuk masak ...hihihi tq syg mama...

husna ni, kalau da nampak je saya pegang pinggan dia, mula tak tentu arah nak makan...mula melinjang...tak kira makanan panas lagi ke apa....hihihi husna ni jenis tak suka makan makanan yang sama 2 hari berturut2..kena selalu cari resepi baru untuk dia...

thanks to blogger2 di Home Solid Food For Your Baby di facebook...sory ye, saya belum sempat nak belajar, cara2 nak linkkan blog ke group....nanti saya da belajar, saya linkkan ya...

PAPAI~lalala~





Comments