MASTERCHEF MTSB SESSION 1 - PART 3

Salam semua n selamat hari isnin~ ok2 hari ni, kita jangan buang masa lagi, kita update pertandingan memasak yang berlansung masa 13 Julai 2012 di Menara Tamig Sari....


kita mulakan dengan KOMPEM HABIS!!


Proses penyediaan barang2 sebelum pertandingan berlansung....
dari saat ni, markah da dikira dari segi susun atur dan perancangan kumpulan dalam proses penyediaan



Sesi taklimat oleh Pn Siti Arfah dan En Husni. Beliau menerangkan tentang syarat-syarat penyertaan.


Ok pertandingan memasak bermula...
Lizz mula dengan buat yogurt...


sy mengambil tanggungjawab utk masak ayam


ninie di beri tanggungjawab untuk menyediakan air...
(sebelah kanan sekali - blkg lizz, en halil selaku juri)


bahan utama dalam penyediaan Lemon Madditeranian Chicken - 
olive oil, bawang dan tomato


lari sana, lari sini, lari sana, akhirnya masa pun tinggal 5minit...
lizz & ninie da mula menghias hidangan yang mereka sediakan..



sy pun da terketar2 nak hidangkan makanan, sambil d perhatikan oleh En Husni selaku juri 2..
(Sila abaikan kelakuan en husni d belakang sy ya)


PPPPPOOOOONNNNNNNNNN!!!!!!!!!!
masa pun tamat..suma hidangan pun da siap disediakan..


Menu dari Kompem Habis!!

Maditeranean Chicken - resepi 1/2 ekor ayam

Olive Oil - untuk menumis
2 biji Bawang Holand - potong dadu
4 biji tomato - potong dadu
1/2 ekor ayam
3 - 4 biji kentang - potong 8
Daun Thyme secukupnya
Daun Parsley secukupnya
2 biji lemon
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Masukkan minyak untuk menumis, masukkan bawang n masak sehingga naik bau. Kemudian, masukkan tomato dan masak sehingga hancur / lembik / da x rupa tomato. 
Masukkan daun thyme, daun parsley n garam secukupnya dan gaul sehingga rata.
Masukkan ayam n kentang yang da dibersihkan dan gaul sebati. Tutup periuk dengan rapat dan pastikan semuanya dimasak dengan menggunakan api yang sangat kecil.
Jangan tambah air. Kentang tadi akan mengeluarkan air sendiri. Kacau sekali sekali n masak sehingga kentang empuk dan ayam pecah isi.
Bila ayam n kentang da masak, masukkan perahan air lemon dan gaul sebati.
Padam api, da siap untuk dihidang.



Ayam Masam-masam Manis - resepi 1/2 ekor ayam

Minyak sayur / sunflower - untuk menumis
1 biji Bawang Holand - hiris
1 1/2 biji tomato - dikisar hancur
3 sudu besar cili kering (yang da dikisar)
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula
asam jawa - secukup rasa
1 biji tomato - potong 8
1/2 ekor ayam - potong 8
garam secukup rasa

Cara-caranya

Gaul ayam dengan sedikit garam dan goreng dengan menggunakan api kecil. Goreng lemau2 je. Lepas siap, tumis bawang sehingga naik bau, masukkan tomato kisar n tunggu sehingga garing, masukkan cili n masak sehingga pecah minyak. Kemuadian, masukkan gula, garam, air asam jawa dan sos tiram, gaul sebati dan tunggu sehingga mendidih.
 Bila da memdidih, masukkan ayam dan gaul sebati. Agak2 kuah sambal da meresap dalam ayam, masukkan tomato td, kacau rata dan tungg sehingga tomato masak. kecilkan api dan tunggu sehingga mendidih.
Siap untuk dihidangkan.


Triffle strawberry with jell-o

Custard
Jelly
Biji Selasih
Strawberry
Creamer

Cara-caranya

Cara-caranya, sy pun x berapa pasti sbb mmg x nmpak macamana lizz buat..
yang sy pasti, mula2 lizz masak custard, kemudian, dia masukkan ke dalam bekasuntuk hidang. Kemudian, lizz masak jelly, masuk dlm bekas n curah biji selasih yang da d rendam terlebih dahulu.
tp ttba~ pufff jd la koko crunch... eh xla..ttba je, tgk lizz da siap wat...ni hasilnya~
sangat menarik n sodap rasanya..


Blueberry tea with bunga cengkih

Blueberry
Bunga Cengkih
Lemon
Madu
Gula melaka
Daun Pudina
Custard
Tea

Cara-caranya

ok yg ni memang siyes saya tatau...hahahah



3 layer tea

Tea
Susu Cair
Ais
madu
Gula Melaka

*untuk tea, saya mntak maaf sb xda close-up pic...cameraman xda amk pic...huhuhuh

nantikan update PART 4, PART 5 & PART 6....papai all~ 




Comments

  1. halamak, cam sedap je ..terliur aku...

    ReplyDelete
  2. hahah sedap zul...ni baru 1 group ak update...nanti ak tengah draft lg update2 dr group lain~

    ReplyDelete

Post a Comment